| Latar belakang Agensi kami | Kami adalah agen kahwin di Thailand, dengan gabungan 2 individu yang mengutamakan etika dan profesionalisma dalam semua urusan. Kami mempunyai agihan kerja yang jelas dan lengkap, dan kami tidak menggunakan khidmat mana-mana agen nikah lain pada bila-bila masa. Kami membawa sendiri pasangan ke Thailand untuk nikah di sana. |
| Adakah sah Kahwin di Thailand ? | Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002.Lihat disini |
| Kalau wali tak izinkan? | Wali tidak boleh enggan untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka wali hakim boleh menikahkan. Lihat ulasan JAKIM |
| Usia paling muda boleh nikah di Thailand? | Perempuan: 16 tahun
Lelaki: 17 tahun |
| Tempat Nikah | Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (MAIS) di Hat Yai atau Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Phatthalung (MAIP). Rakyat asing yang ingin nikah di Songkhla atau Phatthalung tidak dibenarkan nikah di tempat selain Pejabat Agama |
| Adakah ini sindiket palsu | Ini bukan sindiket palsu. Pernikahan berlangsung di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla sendiri oleh jurunikah bertauliah. Rakyat Songkhla beragama Islam pun dinikahkan oleh jurunikah yang sama.
|
| Kalau baru bercerai, macam mana mengira tempoh iddah? | Bercerai masa suci: Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3 → haid → boleh nikah
Bercerai masa haid: haid → Suci 1 → haid → suci 2 → haid → suci 3 → haid → boleh nikah
Tapi, Majlis Agama Islam di Songkhla menggunakan 3 bulan 10 hari sebagai tempoh iddah kalau bercerai hidup, bukan kiraan di atas. |
| Bila boleh pergi untuk kahwin di Thailand? | Bila-bila pun boleh. Bagi kami notis dalam sehari pun dah cukup. Tapi, Konsulat Malaysia tutup pada hari Sabtu dan Ahad, dan pada hari Cuti Am. Lihat Senarai Cuti Am Thailand 2012 |
| Masa yang diperlukan | Surat nikah boleh didapati dalam masa beberapa jam sahaja. Surat pengesahan dari Konsulat Malaysia memerlukan sehari dan akan didapati pada hari berikutnya |
| Dokumen yang perlu dibawa | Kad pengenalan dan pasport. Penduduk sempadan (Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan) boleh menggunakan pas sempadan kalau tak ada pasport. Untuk senarai dokumen lain, Lihat disini
|
| Harga untuk khidmat ini | RM1,X00 sepasang. Ada perbezaan harga bergantung kepada keadaan sebenar. Hubungi kami untuk harga yang tepat. |
No comments:
Post a Comment